Seni budaya
Rencana utama: Budaya di Indonesia
Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Batak, Karo, Minangkabau dan Melayu. Islam merupakan agama rasmi dan utama di Indonesia. Agama-agama yang lain termasuk Kristian, Hindu dan Buddha juga diakui.
Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah
Para pemain muzik Melayu di Indonesia
Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:
baju kurung dengan songketnya dari Sumatra Barat (Minangkabau)
songket palembang dengan motif yang indah berbenang emas dan sutra (Palembang)
kebaya
kain batik dari Jawa
kain ulos dari Sumatra Utara (Batak)
pakaian khas Dayak di Kalimantan
baju bodo dari Sulawesi Selatan
pakaian berkoteka dari Papua, dan sebagainya.
Seni pantun, gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.
Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat sebuah candi Hindu dari abad ke-10 di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Banyak juga seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman Meusukat di daerah Sumatera dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang paling terkenal di dunia ialah wayang kulit yang menampilkan kisah-kisah mitologi.
Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisional Indonesia termasuklah keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Ada juga musik yang merakyat di Indonesia yang dikenal dengan nama dangdut.
Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu, India, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya:
Dangdut Melayu
Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden)
Dangdut Pesisir (lagu dangdut tradisional Jawa, Sunda, dll).
Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvi Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar